Jumlah trafik penumpang udara mencatat rekod tertinggi sejak permulaan pandemik COVID-19 selepas mencapai angka 8.7 juta, pertumbuhan sebanyak 415.6 peratus tahun ke tahun.<br /><br />Menurut laporan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pertumbuhan ini disebabkan kesan asas yang rendah dengan trafik penumpang pada suku pertama 2021 berjumlah 1.7 juta.